Sunday, July 14, 2013

diari ramadhan anis



'amad, anis teringin nak murtabak.. jom pergi bazaar ?'
'jom lah. cepat siap '



Anis bergegas menukar pakaian. dalam dua kelip mata, dia sudah siap berbaju t-shirt beruang oren dan tudung berona sama. 'Jom '

'anis nak beli murtabak kedai mana ?
ada apa-apa nak beli lagi tak ?'
'amad ni laa, anis mana tahu. kalini baru anis balik kot.
emm.. nak roti john dengan taufu-fa sekali, boleh ?'

amad tersengih. hek. lupa pulak, kemudian dia mengangguk tanda setuju.
anis berhenti di sebuah gerai tetapi sejurus ahmad tiba disitu, lengan adiknya ditarik lembut.

'emm ?'
'anis, kita beli gerai lain jom'

anis menurut tanpa kata keluar dari kelompok orang-2 yang berbaris hendak membeli juadah berbuka di gerai tersebut.

'amad, kenapa taknak beli sana ..?'
'anis tengok telur dia tak basuh,'
'ohhh...'

amad ketawa melihatkan ke'blur'an anis. ali yang turut ada sama memegang perut menahan geli.
'apalah blur sangat adik aku sorang ni..' ali memegang kepala anis.. lembut.

anis tersenyum. 'macam tu eh.. hehe'.


----------------------------------------------------
malam itu anis berjalan beriringan dengan amad, ali, dan kakaknya aina ke masjid.
dalam perjalanan, anis perasan ramai yang melihat mereka. 'apa, depa ingat kawin muda ka ?' gumam anis sendiri.

di ruang solat, anis bertemu dengan seorang sahabatnya. mereka bersalaman. namun, hati anis kurang senang melihatkan reaksi di wajah sahabatnya itu. 'is there something wrong ?' teka anis sendiri.

'ahhh.. mungkin gara-gara cincin di jariku ini.
mungkin dia fikir aku 'couple' kut.. emm.'

cincin perak di jari diputar-putarkan. perlu ke anis jelaskan ..? anis buntu seketika namun tak lama selepas itu, anis membuat keputusan mendiamkannya.

usai mengerjakan solat terawikh, anis bergegas mendapatkan amad di luar pintu ruang solat.

"amad, semua orang pun ada tanggapan masing-masing about things and stuffs ek ?"
"anis ni dah kenapa tiba-tiba cakap macam ni ?"
"em, takdek ape lah amad. kak aina mana ?"
"aniiiiissss, awak solat dengan dia mana amad tahu ?" panjang nada amad dua harakat.
"hihee, amad call kak aina lah macam tu. anis eksaited tadi nak cakap tu terus tinggal kak aina,"

amad menggeleng kepala. 'aniss , anis'


----------------------------------------------

mata anis terpisat-pisat saat ali mengejutkannya bangun untuk bersahur. ditoleh ke kiri, aina hampa melihatkan Ummi sudah tiada di sisi. 'Ummi tak kejut anis pun..'

"ali, anis taknak bangun sahur"
"aniiiss bangunlah cepat. jom", ali menghulurkan tangannya dan tak lama selepas itu, anis menyambut
"good, jom" kepala anis diusap lembut. anis tersenyum
"ali, hang lap apa haa kat kepala anis..?" suara anis naik dua oktaf
"ni nak suruh jangan tidur lepas sahur. mandi, solat" ali sengih membela diri


tiba di dapur, anis melihat kakaknya sudah segar bugar. 'kak aina tolong Ummi masak kot..' teka anis.

"kak aina masak ke daging ni ...?"
"ye laaa"
"eleeh kak aina cakap macam bajet je"
"apa bajet-bajet ? nak makan tanak ?"
"kak aina ni, tak best betul..." anis lantas menundukkan kepala.

'kalau tak sebab daging feveret ni, anis takkan makan nasi. tapi, ni dah makan dengan daging ni tak perfect la kalau takdak nasi...' gumam anis sendiri. senduk nasi dicapai dan disenduk sedikit ke pinggannya.

"anis, kak aina tu gurau jela", jelas Ummi yang sedari tadi melihatkan gaya anak-anaknya
anis tersenyum, 'anis tahu.. saje nak manja-manja'

"dalam kereta kak aina ada coklat. sapa nak ?"
"anis naaaaakk !" jerit anis entah dari mana. ambooi, coklat je laju aje.
"eleh, tadi merajuk kunun.." aina buat muncung,
"tak kire, takde. anis nakjugak naknaknak jugak."

aina membaling kunci kereta kepada anis. "amek dalam bonet", arahnya pendek. "ai ai, kak aina. Muah muahkss"

"Ummii ! tengok anis dah tak sihat ni..."

Ummi tersenyum lega melihatkan anak-anaknya semua sudah makin besar dan matang. kalau dulu, harapnya macam anjing dengan kucing. sekejap je tinggal, nanti dengarlah suara anis menangis, dibuli katanya.