Monday, June 3, 2013

Le Emo Cat

Anis duduk khusyu' menonton televisyen di ruang tamu rumah. Sambil pura-pura menelaah pelajaran, matanya menjeling ke arah kotak bercahaya galak itu. Ceewah, bukan takat jeling je eh. Sehinggakan, "Eh ! awat hang tuka channel kak ..?" "Hang bukan duk study ke ?" 'Ouch, perli halus kak ni.. makan dalam aihh' gumam Anis sendiri. Mata kembali difokuskan ke arah buku rujukan Longman Science tulisan Uncle Yeap Tok Kheng. Tiba-tiba datang abang datang duduk menyempit sama. "Nyempit ah hang ni.. ishh"


'astaghfirullah.. astaghfirullah...'


'Eihhh kejap. tu macam bukan Anis yang istighfar. kedengaran jelas di telinga Anis tapi..' Anis menoleh ke arah Ahmad, abangya. 'Awat nye lahai Amad ni duk istighfar panjang ni ..? pelik pulok..'


"CLICK !"

bagaikan satu suis baru dihidupkan.
Anis seakan-akan lupa, manusia itu sentiasa melakukan dosa. Jadi kenapa perlu menunggu selepas solat baru beristighfar menyesali kesalahan yang telah dilakukan ?


"Anis, Amad tengok Anis kuat mengeluh, tak elok tau.. jangan buat dah ye," "Humm, Anis cuba.." "Lagi satu, kalau Anis penat buat kerja ke apa, jangan ungkit tau nanti kurang laa pahala Anis. Rugi je. Eh ?" Anis hanya tersenyum, Ahmad mengusap lembut kepala Anis. Sayang. Sambil berdoa panjang buat satu-satunya adik perempuannya itu. "Ishh, Amad jangan kusutkan rambut Anis laa.." "Haha, bagi sini sikat Amad ikatkan balik kemas-kemas."