Monday, June 3, 2013

bleaching agent

tomato 1.0

aku terbaring lesu setelah membaca suatu kisah tentang sahabat di laman sesawang fesbuk. 'Allah, betapa aku sangat menyayangi mereka Ya Allah...' gumamku sendiri. tanpa aku sedari, butiran jernih mula mengalir menuruni pipi. aku lantas mengesat dengan hujung lengan baju. bagaikan terlayar kembali di depan mata, sering sekali berlaku perselisihan faham antara kami. aku, dan sahabat-sahabatku yang lain.

******************************

waktu itu, peperiksaan pertengahan tahun hampir bermula. sahabat-sahabatku semuanya sibuk menelaah pelajaran, berbincang sesama sendiri, bertanyakan soalan dan sebagainya. aku juga tidak ketinggalan sama. aku duduk berbincang dengan seorang sahabatku, Aisha mengenai soalan asas akaun. ligat kami berbual berkongsi ilmu, kelihatan seorang lagi sahabatku, Sofea menunjukkan riak wajah kurang senang. wajahnya mencuka, tanda tidak selesa. aku yang menyedari perubahan riak wajahnya cuba membawa perbualan kami jauh darinya, tak mahu menggangu. perlahan-lahan kerusi aku tarik agar bunyinya tidak begitu bising, mengganggu konsentrasi Sofea.

Sofea "Zue ! sofea gerak surau ni. nak ikut sama tak ?"
Zue "ya, ya jom"

kedengaran suara Sofea sedikit meninggi, seakan-akan marah. hati aku jadi resah dan serba salah. 'tapi yang mengganggu Sofea bukan aku, tapi sahabatku Suraya...' gumamku sendiri. salah kami berdua sebenarnya. namun tetap aku berasa kurang senang. aku menjauhi Sofea buat sementara waktu. aku berniat mahu menegurnya bila melihatkan kemarahannya surut nanti.

usai menunaikan solat fadhu isya', aku melipat telekung dan menyangkutnya di birai katil. aku berjalan ke kamar Sofea untuk melihatkan keadaannya. namun, kelihatannya Sofea masih belum pulang. aku kembali ke kamarku. meja jepun ku sudah tersedia untuk aku mula mengulang kaji pelajaran. 'Ahh, penat sangat ni...' rungut aku dalam hati. telefon bimbit dicapai lalu jam loceng dihidupkan.



--------------------------------


terpisat-pisat mata aku dibuka. 'Dah pukul berapa ni ..?' aku berteka-teki sendiri. aku lantas menoleh ke arah meja jepun ku, kelihatan cokelat Cadbury Blackforest diikat riben diletakkan di atas mejaku. "harta siapa pulak ni ? sedekah ke ape ?" tanyaku. tapi, tiada siapa yang menjawab. tiba-tiba Azura yang baru sedar dari tidur memberitahu aku, "Ahhh... itu Sofea yang hantar semalam.. ada pesannya tapi Zura dah lupa" "Ohh, terima kasih Zura.." jawabku ringkas. nama pun bercakap dengan orang yang sedang mamai.
hatiku tersentuh membaca sekeping nota berbentuk hati yang diselitkan bersama. "Jib maafkan Sofea, Sofea langsung tak marahkan awak. Sungguh. Maafkan Sofea, Sofea emosi :'( "


aku tersenyum sendiri. aku lantas menjerit nama Sofea dari kamarku.
"Sofeeeaaaaa ! Meh sini nescafe satu kalau nak Jib maafkan "
"Siaplah cepat, Sofea bagi kat kelas nanti ye"



***********************************



realitinya, mudah sekali kami melontarkan amarah kepada satu sama lain. sedih, tersangat sedih mengapa aku juga jadi begitu. mudah terasa, termakan hati dan sebagainya.

"hang cuba bukak video Tomato 1.0 kat Youtube. seronok kot !"

Allah, teringin sekali aku juga turut menjadi seperti mereka. hidup berdikari dengan sahabat nun jauh ni negeri cina. persahabatan mereka kelihatan sangat berbeza, cara dan perwatakan mereka juga,..

T.T Allah, aku rindu mereka.
Allah, aku teringin sekali melalui perkara seperti itu dengan mereka
Allah, peliharalah persahabatan kami biar sampai ke syurga-Mu