Sunday, June 9, 2013

goalie keeps her goal safe

basically, manusia dijadikan ni sebab 2 benda:

1. untuk beribadah, hamba yang sujud pada Allah
2. untuk jadi khalifah di muka bumi

menurut apa yang saya tahu, cara nak jadi khalifah di muka bumi ni tak semestinya hang kena jadi pemimpin dalam masyarakat atau apa. paling penting, pimpin diri sendiri. know the purpose of living. this is an important saying, quoted by whom I'm not sure, tapi dia kata ;

"manusia yang tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain samalah ia seperti lebihan dunia"
jadi, apa sebenaqnya lebihan dunia ni ? lemme give you this example.


kalau ada lebihan benang kat baju hang, apa hang akan buat ?
bingo !
hang gigit, buang.


samalah jugak dengan manusia yang dikatakan tadi tu. (na'uzubillah)

ibadah jugak tak semestinya solat, baca quran sajo. hang pergi sekolah tiap hari niat nak tuntut ilmu pun ibadah. hang tidur dengan niat nanti bangun badan segar boleh solat khusyu' pun ibadah. jadi senang cerita, biar semua perlakuan dalam hidup hang sebagai satu ibadah. senyum tu sedekah :) ibadah lah jugak, kan ?

emm, some points here and there... macam mana nak dakwah ? memang perlu ke dengan approach that person cakap pasal agama keluarkan hadis dan sebagainya ? nak berdakwah kena jugak tengok level of spiritual journey orang yang didakwah. memang saya sendiri tak layak nak berdakwah kalau saya tak boleh terima diri saya didakwah, sedangkan setiap manusia melakukan kesalahan. *bercakap dengan cermin* ambil qudwah hasanah Rasulullah s.a.w. dakwah dengan cara tunjuk contoh yang baik, orang lain pun tertarik kot ! saya bagi contoh ye, saya sendiri suka tengok sorang kawan saya ni, she didn't talk much but her act brings me closer to what she's doing. she's totally not the type that act up, condemning me in whatever rules that I break (err.. nakal kadang-2 tu) tapi she listen much (berbeza dengan saya yang bukan pendengar yang baik. err..) step pertama taken :) moga Allah mudahkan,


bergeraklah kita, sama-sama.


"awak, mana stoking ?"
"kasut tadi basah.. saya bukak"
"*geleng kepala*"

"awak, stoking pendek.
nampak kaki.. "
"kayy.." balasnya malas.


tapi sejurus selepas itu, dia berlari ke asrama untuk menukar stoking panjang. 'My aurah is not for show'


p/s; teguran itu walau hanya lembut dan simple, tapi you'll never know betapa besar kesannya. sesungguhnya saya manusia biasa yg kerap melakukan dosa. ayuhlah kita sama-sama saling mengingatkan, ye.